
Tahniah buat Ainatul Irbah atas kejayaannya mencipta sejarah buat diri dengan berjaya hafiz 30 Juzuk dalam tempoh 10 bulan 20 hari..
Irbah seorang pelajar yang punya semangat yang tinggi.. Nekad dan Usahanya luar biasa. maka layaklah dia menjadi seorang hafizah Al-Quran.
Pada peringkat awal, Ainatul Irbah agak payah ingat hafalan.. beberapa kali kelihatan agak kemurungan dan sedih bila usahanya seringkali gagal.. alasannya dia tak dapat fokus menghafal bila duduk dalam kelas.
Kata Guru Tasmiknya Ustazah Fitriyah, Irbah tak putus asa walaupun lemah.. sedar akan kelemahan yang ada, dia usaha juga sehingga sanggup bangun seawal 4 pagi demi mencari kekuatan fokus dalam menghafal..
satu hari ustazah lihat dia kelesuan dalam kelas, mangantuk tak bermaya.. bila di siasat, rupanya Irbah bangun seawal 2.30 pagi.. dia tersilap bangun awal yang disangkanya jam 4 pagi.. kata Ustazah… jika masuk surau di waktu subuh hari.. irbah lah pelajar yang dah sedia menanti..
Itulah cerita hebat para huffaz ini.. tak jemu berusaha untuk berjaya.. jika ditanya tentang kekuatan Ainatul irbah.. katanya dia selalu minta doa dan dorongan ayah dan ibunya.. setiap kali mengirim catatan Amal pada ibu.. dia takkan lupa mohon doa pada ibu agar Allah permudahkan hafalannya dan boleh cepat2 khatam Al-Quran..

Bersama Ustazah Fitriyah dan Rakan sekelas
itulah secebis kisah buat mereka.. admin tuliskan sebagai ibrah buat para pejuang Al-Quran yang bakal hadir di masa akan datang..
Tahniah Buat seluruh Asatizah yang sentiasa komited membimbing mereka berjuang.. khususnya buat ustazah Fitriyah yang berjaya memimpin irbah mencapai impian besar ini..
Tahniah juga buat kawan2nya dan pastinya kedua ibu dan ayah irbah.. kerana dorongan yang kuat itu menjadikan irbah begitu kuat mengharungi ujian demi ujian sebagai penghafal Al-Quran.
Tiada Kejayaan tampa ujian.. tampa ujian tiadalah kemanisan.. kami doakan agar irbah dan kawan2 huffaz yang lain terus berusaha untuk memantapkan lagi hafalan dengan membuat sijil syahadah Quran.. agar Al-Quran yg dihafal terus tetap teguh kuat didalam ingatan..
Moga generasi2 hebat ini akan menjadi alat untuk mengcungkil segala rahsia ilmu Al quran insyAllah…
Setahun Menempa sejarah
Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL
#MissionCompleted
#Hafizsetahun
#SetahunMenempasejarah
#TahfizSetahun
#Akademiakmal