
Setiap pengorbanan sudah pasti ada jalan cerita yang perit untuk ditelan namun manis pasti dihujung. Hanya insan yang berkorban yang faham dan tahu apa yang dia korbankan dalam hidup mereka. Begitulah juga terkait sebuah kisah Puan Nastasha Nordin yang dikongsikan melalui laman sosial Facebook beliau.
Puan Nastasha dan juga suami beliau telah membuat satu keputusan yang agak besar dalam hidup mereka iaitu memberhentikan anak-anak mereka dalam dunia akademik. Beliau dan suami mengambil keputusan untuk memasukkan kedua-dua anak mereka ke pusat Tahfiz atau lebih khususnya lagi di Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL). Kisah yang dikongsikan melalui laman Facebook itu menunjukkan bahawa Ariq (anak sulongnya) memang ada hasrat dan semangat yang tinggi untuk menghafal Al-Quran.

Muhammad Ariq bersama family yang tercinta
Seketika Ariq pulang dari asrama, Ariq terus memeluk erat ibunya dan dengan sungguh-sungguh menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang Hafiz Al-Quran sehingga sanggup untuk ‘keluar’ sebentar daripada dunia akademik yang sedang dilaluinya.
“….maa, maafkan abang. Abang rindu mama papa. Abang akan jadi Hafiz. Abang akan habiskan hafal Al-Quran..”
Kisah ini amat menyentuh hati. Minat dan kesungguhan adalah kunci permulaan kepada kejayaan luar biasa dan support system yang hebat adalah penguat kepada kejayaan yang diimpikan. AKMAL memandang tinggi terhadap peranan dan sokongan ibu bapa dalam memastikan anak-anak pelajar di AKMAL sentiasa rasa ‘keberadaan’ walau jauh dari dakapan ibu bapa. AKMAL juga mengalu-alukan kepada para ibu bapa untuk keep update bersama para Murabbi/ah anak-anak pelajar di AKMAL dari sudut hafazan dan kebajikan semasa.

“Mama pon banjir tengok gambar ni. ? Parents diberi amanat untuk tulis harapan pada anak. 2 kertas penuh mama mengarang. Betul-betul mengharap pada kesungguhan mereka nak menghafal Al Quran sehingga peringkat tertinggi. Demi redha Allah pada mereka dan keluarga kami. Amin amin” -Perkongsian di laman Facebook Ibu Muhammad Ariq (Nastasha Nordin)
Didoakan Ariq akan mencapai target yang telah diidamkan sekian lama untuk bergelar Hafiz Al-Quran. InnShaaAllah jika usaha dan semasa sentiasa beriringan, kejayaan pasti mudah ditempa. Buat ibu dan ayah Ariq, teruskan usaha menjadi support system yang hebat dan tidak jemu menjadi inspirasi buat para ibu bapa yang mendambakan anak-anak menjadi seorang Hafiz dan Hafizah Al-Quran yang berjaya suatu hari nanti.