Keramatnya Ada jiwa “SAYA MAHU BERJAYA HAFIZ SEBELUM HAFLAH” target menjadi TERLALU jelas Buat Nuralisyia Berjaya

WALAUPUN ADA ORANG DAH FIKIR NURALISYIA TAK SEMPAT. TETAPI DIA NEKAD HAFIZ JUGA. SUBHANALLAH DIA BERJAYA CAPAI IMPIANNYA SATU JAM SEBELUM HAFLAH BERMULA.
Begitulah semangat luar biasa yang di tunjukkan oleh adik Nuralisyia Daniyah binti Nizam.. semangatnya untuk segera berjaya dan sama-sama turut serta sebagai salah seorang Lagend Al-Hafiz benar-benar membuatkan semua warga AKMAL teruja..
Hari majlis Graduasi AKMAL seolah-olah menjadi miliknya seorang apabila kejayaannya membaca sabaq akhir di umumkan di dalam majlis Haflah Takrimi oleh MC . Semua yang hadirin menggemakan laungan Takbir dan doa buatnya.. ramai yang sebak dan menitiskan air mata. manakan tidak, sehingga ke garisan akhir, dia mesih lagi belum menyerah kalah… dan membuktikan yang dia mampu berjaya.
Itulah Keramatnya Ada jiwa “SAYA MAHU BERJAYA HAFIZ SEBELUM HAFLAH” target menjadi TERLALU jelas.. otak, Hati, Usaha dan tindakan akan mula bergerak seiringan..
Tahniah buat kedua ibubapanya terutama Ibu Alisyia, admin sempat berbual2 dengan ibunya di majlis haflah takrimi, ibu Alisyia bercerita penuh semangat dan keterujaan.. melihat kesungguhan Alisyia yang bersusah payah menghafal membuatkan ibunya berkali2 mengalirkan air mata.. ibunya sentiasa memberinya semangat tetapi selalu berpesan pada Alisyia yang walaupun mungkin tak sempat khatam sebelum haflah, ibu sudah sangat berpuas hati melihat kesungguhannya..
Tahniah buat Nuralisyia Daniyah atas kejayaannya mencapai misi hafizah.. terbukti kosisten membawa kejayaan.. usaha dan mujahadah itu pahit.. ia tidak akan melalui jalan selesa.. tetapi nikmat kejayaan itu sangat manis untuk dikenangkan sampai bila-bila..
Tahniah juga Buat Murabbinya Ust Khairul Naim atas usahanya membantu perjuangan Nuralisyia hingga.. sanggup bersengkang mata siang dan malam berusaha tidak kira waktu untuk melihat kejayaan para pelajarnya… tahnia juga kepada rakan-rakan circle seperjuangan Nuralisyia.. semoga kejayaan membawa erti besar bahawa setiap usaha yang mempunyai misi dan target yang jelas.. disusuli oleh komitment semangat yang tinggi pasti akan membuahkan hasilnya….
“Setahun Menempa Sejarah”
Hafiz Al-Quran, Profisional di bidangnya, Murabbi di zamannya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *