Walaupun Mulanya Hanya Mampu Hafal Satu Ayat sahaja Sehari, Tak Menghalang Asma Dan Ibrahim Hafiz Al-Quran Setahun

WINS TERHEBAT HARI INI‼️🤩
Majlis Sabaq Akhir Khatam 30 Juzuk Al Quran Adik Ibrahim Az Zihni dan Asma Amanina🙂🙂
Alhamdulillah hari ini diisytiharkan Ibrahim Az Zihni bin Mohd Shazman dan Asma Amanina binti Shahrul Zuraidi sebagai Legend Al Hafiz dan Legend Al Hafizah..
Subhanallah!!.. Perjalanan yang penuh dengan pengorbanan, kesungguhan, istimaqah dan perjuangan..
Air mata menjadi saksi kegembiraan para ibu bapa Ibrahim dan Asma..
Asma berjaya khatam 30 juzuk Al-Quran dalam masa 358 hari bersamaan 11 bulan 23 hari. Menyusul rapat Kakaknya Maryam Al Hafizah dan abangnya Imran Al Hafiz. yang berjaya mencapai misi dahulu. Mengejar juga di belakang Asma, adiknya Najah yang masih menyambung baton perjuangan.. 3 mahkota syurga insyaAllah telah berjaya dirangkul ibu ayahnya.
Asal 1 ayat sabaq sehari akhirnya di hujung perjuangan berjaya menghafal 10 muka sabaq sehari. Asma memang sentiasa fokus. Targetnya jarang tersasar. Konsisten rukun harian tanpa tertinggal. Sangat fokus!. Tak hairanlah Asma memang antara pelajar harapan pasukan memanah kanak-kanak negeri Selangor.
Ibrahim pula masih dalam proses pengiraan kiraan harinya. Difahamkan kurang dari 365 hari. Ibrahim beberapa kali hampir berhenti belajar.
Bermula dengan pelajar paling corot dalam kelas dengan Iqra dan satu ayat sehari untuk sabaq. Akhirnya berjaya mengambil paling banyak sabaq 40 muka sehari. Subhanallah!.
Cabaran tasbit ibrahim bukan mudah. Lebih 5 bulan juga. Tapi Alhamdulillah berkat kesabaran.. Kejayaan penuh kemanisan.. Penuh badge rangkingnya di dada setiap hari di kelas menggambarkan kepuasannya dalam mengejar misi. Ibrahim telah mengisytiharkan dalam ucapannya tadi. Akan merangkul pangkat tertinggi AKMAL iaitu Emperor Syahadah dalam masa 2 bulan insyaAllah. Allahu Akbar‼️.
Komen Ust Saifullah CEO AKMAL: “Nikmat Apa lagi yg nak didambakan..
Melihat kejayaan anak2 Akmal yg hampir setiap minggu membuat kejutan kejayaan Sebagai Hafizul AL- Quran..
Syukur Pada Allah kerana Allah beri mereka kekuatan dalam berusaha dan kesabaran yang tinggi bila diuji Allah..
Sebuah kejayaan tak pernah melalui jalan senang.. langkahnya penuh duri2 yang menusuk tajam…
Doakan Asma dan Ibrahim akan terus istiqamah jaga Hafalan AL-Quran.. ]

Misi Hafiz Setahun, Murajaah Sampai Mati insyAllah..

Tahniah buat semua Circle yang mendokong.. Ibubapa yang

hebat, Murabbi dan Murabbiah yang sangat banyak berkorban dan Kawan2 yang sentiasa bersemangat mendokong perjuangan…
Tahniah pada keluarga Ibrahim dan keluarga Asma. Semoga sentiasa istiqamah menjaga hafazan.. Hafal setahun mengulang sampai mati..
Tahniah Murabbi Farid dan Murabbi Sakinah. Pengorbanan para murabbi yang sangat luar biasa..
Tahniah..Mubarak Alaikum!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *