MUHAMMAD BUAT KEJUTAN LAGI, HAFIZ 30 JUZUK DALAM TEMPOH 113 HARI DAN MENJADI MODEL KEJAYAAN MUJAHID AKMAL 2022. INI 5 RAHSIANYA YANG SEMUA HUFFAZ PATUT AMBIL TAHU.

Alhamdulillah, lagi sekali Muhammad buat kejutan lagi. Ramadhan lalu dia mengejutkan semua sebagai Juara terbaik Marathon Huffaz 2022 dengan kejayaan menghafal sebanyak 12 juzuk dalam tempoh sebulan. Hari ini dia memberi kejutan lagi dengan rekod kejayaan mencapai misi Legend Al-Hafiz dalam tempoh 113 hari, bersamaan 3 bulan 28 hari sahaja. Sekali gus menjadi Model pertama Al-Hafiz buat seluruh Mujahid dan Mujahidah AKMAL Sesi 2022/2023.

“Majlis sekitar sabaq akhir adik Muhammad”

Jutaan Tahniah diucapkan buat Doktor Syed Jefrizal Syed Jamal dan Isteri di atas kejayaan anakandanya Syed Muhammad bin Syed Jefrizal. Begitu juga dengan kejayaan Murabbinya Ustaz Uwais kerana berjaya membimbing Muhammad berjaya ke tahap ini. Bila ditanya Rahsia Muhammad berjaya, Ini 5 perkongsian dari Murabbinya:-
1. Kata Murabbinya Ustaz Uwais, “Permulaannya Muhammad agak struggle dalam menghafal, terutamanya pada 2-3 juzuk awal kerana Muhammad tiada pengalaman dalam menghafal secara proper dan masih belum mendapat momentum.

2. Muhammad juga selalu menangis apabila tidak mencapai target, namun Muhammad seorang yang tidak pernah berputus asa.

3. Muhammad selalu meminta nasihat dan tips dari ustaz, terus mencuba sehingga alhamdulillah setelah beberapa ketika Muhammad dapat momentumnya yang luar biasa.

4. Kekuatan Muhammad terletak pada target dan visinya yang jelas, dia komited untuk menjadi hafiz pertama AKMAL ABBAD 2022 dan Berjaya memecahkan record pelajar AKMAL ABBAD tahun lepas.

5. Muhammad selalu memberi sepenuh fokusnya didalam kelas, sangat taat pada Murabbinya dan terlalu committed untuk mencapai target harian yang di amanahkan oleh Murabbi, Muhammad juga pelajar yang selalu memenuhi expectations Ustaz didalam kelas dan Alhamdulillah berbekalkan semangat dan doa, Muhammad berjaya Hafiz dengan rekod yang sangat cemerlang.”.

“Tangisan kepuasan dan kegembiraan yang tidak ternilai dari adik Muhammad, alhamdulillah”

Majlis Sabaq Akhir dilaksanakan penuh semangat, disambut dengan linangan air mata para Murabbi, ibu bapa dan Sahabat-sahabat Circle Mujahid AKMAL. Takbir dan doa mengiringi. Menandakan kejayaan ini bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi umpama satu mukjizat Al-Quran yang kembali menzahirkan diri.

Kata Mudir AKMAL ABBAD, “kejayaan adik Muhammad ini merupakan kejayaan bersama bagi seluruh keluarga kecil kami. Bermula dari pihak pengurusan, guru-guru, ibu bapa, adik beradik, saudara-mara, kawan-kawan, tukang masak, warden, cleaner, security, dan semuanya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan adik Muhammad sentiasa bersemangat, berasa aman, sihat dan selamat. Kerana kesemua circle inilah yang terlibat dalam menyumbangkan sokongan dan dokongan yang berterusan sepanjang dia berada dalam sistem ini, agar dia tahu yang dia tidak diabaikan dan tidak ditinggalkan berseorangan sepanjang berada dalam sistem ini.”

“Muhammad bersama ayahanda Dr Syed Jefryzal dan ibunda tercinta”

Doakan Muhammad agar terus menjadi Hamalatul Quran yg luar biasa.. berjaya mencapai misinya yang baru buat tahun ini sebagai Emperor Syahadah AKMAL Sebelum menjelang Haflah Takrimi pada Feb 2023 nanti. Dan doakan agar cita2nya menjadi seorang Pakar Bedah Saraf tercapai. Pakar Bedah Al-Hafiz. MasyaAllah wa InsyaAllah 🥰
Ayuh bersama-sama AKMAL dalam Misi Melahirkan 3000 Huffaz setiap tahun menjelang 2025.
Pendaftaran AKMAL dibuka untuk pengambilan Pelajar baru.
Maklumat lanjut di www.hafizsetahun.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *