
Oleh: Dr Shahrul Idris (Ayah Maryam)
الحمد لله على كل حال وفي كل حال
Terima kasih kepada semua tenaga pengajar ustaz/ustazah serta semua staff Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah – AKMAL.. tak lupa juga kawan2/rakan2 kakak Maryam juga ibu bapa anak2 AKMAL yang selalu memberi semangat serta menggembirakan Maryam di kala beliau sakit & mood yang turun naik..
Maryam anak saya ni sebenarnya ada masalah kesihatan yang sebelum ni tak mengizinkan beliau utk khatam hafazan.. sering keluar masuk hospital bagaikan rumah ke-2 baginya dengan ubatan sebagai rakan karibnya..
Setelah kami temui AKMAL kami yakin dengan cara yang diperkenalkan boleh membantu anak kami capai targetnya..
Pihak Akmal menerima Maryam dengan memberi cabaran untuk memecahkan rekod yang sedia ada.. pada mulanya agak berat untuk kami terima memandangkan Maryam sering sakit.. dan dengan keadaan sedemikian beliau pada mulanya hanya ingin hafaz hingga setengah al-Quran sahaja tapi dengan semangat yang sentiasa ada pada rakan2 di Akmal serta komitmen yang diberikan oleh ustazah Dini, ustaz Muaz serta ustaz Fakhrul memberi impak kepada Maryam.
Dia menyimpan rasa sakit untuk meneruskan misi khatam al-Quran sebelum majlis haflah Takrimi 2020..
Allah SWT Menguji lagi Maryam di saat2 akhir nak haflah berita covid19 memberi kesan sedikit momentum yang sedia ada telahan sakitnya pun semakin kuat, Haflah ditangguhkan maka dapatlah dia berehat sementara di hospital beberapa hari..
Maryam rindu dengan suasana menghafaz di Tahfiz Akmal dimana dapat dia berjumpa ahli kumpulannya serta dpt mengurangkan rasa sakitnya dan terkadang hilang rasa sakit kerana rakan2 AKMAL buat dia terhibur & sentiasa bersemangat.. Kalian memang hebat anak2 Tahfiz AKMAL
مَنْ جَدَّ وَجَدَ
Kakak Maryam tak kan mampu untuk meneruskan misi ini tanpa bantuan & sumbangan senyuman gelaktawa serta usikan kalian..
Kami mendoakan buat adik2/anak2 AKMAL untuk terus bersemangat & berusaha hingga ke akhirnya kerana القران دستورنا
Ya Allah, kurniakan kami semua jiwa yang tenang & sabar..
Terima kasih sekali lagi atas ucapan & doa kalian..
الله يبارك فيكم جميعاً
#JihadHuffaz
#AkademiAkmal
#MissionCompleted
#SetahunMenempaSejarah