
Sudah ramai yang hafal Al-Quran, ramai yang berjaya ramai juga yang gagal. Adakah kelompok gagal itu perlu dicari siapakah yang bersalah atau hanya diam membisu seribu bahasa? Sudah pasti KPI setiap pusat tahfiz atau pusat pengajian yang menawarkan hafalan Al-Quran ingin melihat setiap hasil keluaran mereka khatam Al-Quran dengan jayanya sebelum menamatkan sesi hafazan Al-Quran di pusat atau madrasah atau pondok ataupun sekolah tersebut. Yang berjaya Alhamdulillah.. akan tetapi yang gagal siapa yang harus dipersalahkan?
Definisi gagal adalah subjektif. Boleh jadi gagal itu dimaksudkan dengan gagal mencapai target tapi masih dapat capai khatam Al-Quran. Mungkin ada yang gagal untuk khatam Al-Quran walaupun sentiasa berjaya mencapai target. Gagal itu luas jangan sempitkan. Dalam hidup, gagal sekali bukan bererti gagal selamanya akan tetapi sikap dan cara manusia menyingkapi hasil daripada kegagalan itulah yang menjadi penentu utama kepada permulaan kejayaan.
Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) mengimbangi hubungan antara mujahid/ah dan murabbi/ah. Tidak dikatakan berjaya seorang mujahid/ah jika Murabbi/ah tiada keinginan untuk melihat anak pelajarnya berjaya dan tidak pula dikatakan berjaya seorang Murabbi/ah jika Mujahid/ah tiada keinginan melihat gurunya berbangga dengan hasil kejayaannya. Begitulah perkaitan yang paling sesuai untuk memberi gambaran kepada hubungan Murabbi/ah dan Mujahid/ah di AKMAL.
Murabbi/ah adalah tunjang utama dalam kejayaan visi dan misi di AKMAL. Murabbi berfungsi sebagai pembimbing pelajar merangkap anak halaqahnya. Murabbi adalah sebutan dalam bahasa Arab yang merujuk kepada seseorang yang mendidik, membimbing, dan mengasuh individu atau kelompok dengan penuh perhatian dan kesabaran.
“Bacaan Ikrar yang dilafazkn oleh Murabbi dan Murabbiah Akmal adalah akur janji mereka kepada ibu bapa, bahawa mereka akan membantu merealisasikan impian ibu bapa dalam melahirkan lebih ramai generasi huffaz 30 Juzuk Al-Quran”
Dalam istilah sebuah kejayaan, guru adalah watak utama dalam membentuk generasi yang terkehadapan. AKMAL amat mengutamakan peranan Murabbi/ah dalam membentuk dan membimbing Mujahid/ah untuk capai target khatam Al-Quran dalam masa setahun atau kurang. Alhamdulillah dengan result yang telah dicapai, bermula tahun 20218 dan sehingga kini seramai hampir 400 orang huffaz Al-Quran berserta syahadah Al-Quran telah berjaya hasil bimbingan Murabbi/ah AKMAL. Semoga dengan usaha yang tidak pernah jemu membawa kepada perubahan yang positif dalam dunia Tahfiz Al-Quran suatu masa nanti bermula dengan AKMAL… InnShaaAllah.
Berminat untuk menyertai Murabbi Akmal, Tekan link di bawah :
https://hafizsetahun.com/muallim/
Jom Join Telegram Akmal untuk info yang lebih Lanjut :
https://t.me/tahfizakmal