
Biarpun bergelar pelajar baharu di Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) cawangan Terengganu, Muhammad Syafie Bin Muhammad Rasy’ain atau mesra dipanggil sebagai Syafie telah berjaya membuktikan bahawa beliau mampu mencapai 6 juzuk pertama dalam masa yang diambil hanya 3 minggu sahaja. Syafie ternyata telah keluar dari zon selesa dan fasa ‘bulan madu’ demi mencapai sasaran hafazan yang beliau ingini.
Syafie juga tidak pernah mengenal erti putus asa dan letih. Namun, dalam masa yang sama Syafie juga merupakan seorang pelajar yang sangat mesra dan mudah selesa dalam kalangan kawan-kawannya yang lain. Sikap begini merupakan contoh yang baik bagi seorang pelajar yang sentiasa berdamping dengan Al-Quran. Syafie juga diberi kelebihan oleh Allah SWT mempunyai suara yang merdu ketika melantunkan ayat-ayat kalamullah. Beliau juga turut menjadikan nasyid-nasyid sebagai hiburan beliau ketika waktu lapang selain membaca dan menghafaz ayat-ayat Al-Quran.
“Semangat dia, agresif dia sangat- sangat luar biasa. Dari segi bacaan dia memang terbaik. Makhraj dia, tajwid dia memang sangat- sangat luar biasa. Habis kelas je dia jumpa saya dan cakap ‘Ustaz, tolong doakan saya dapat capai khatam apa yang saya impikan’ ” -Mudir AKMAL HQ Terengganu
https://youtube.com/shorts/mmLiKwqLCOU?si=C_iKkS214I9eH0U6
3 minggu bukan waktu yang panjang bagi seorang pelajar di AKMAL untuk menghantar hafazan baru mereka atau disini dikenali dengan Sabaq. Sabaq adalah salah satu sistem hafazan di AKMAL yang memastikan pelajar untuk menghantar hafazan baharu setiap hari. Jumlah hafalan yang perlu dihantar oleh pelajar ditentukan atau dibantu oleh Murabbi dan Murabbiah masing-masing.
Sudah pasti usaha yang gigih bakal membuahkan hasil yang lumayan. Sesungguhnya hanya dengan usaha, doa serta tawakkal hanya kepada Allah SWT dapat memandu segala usaha yang diimpikan. Diharapkan supaya Syafie dapat mengkhatamkan Al-Quran dengan cemerlang sebelum Haflah 2024 dan dapat membanggakan ibu bapa dan ahli keluarga yang tercinta.
INFO LANJUT MENGENAI AKMAL : https://hafizsetahun.com/