
Syahadah Emperor Ke-4 AKMAL
RANKING SYAHADAH EMPEROR
Ranking ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk mendapatkannya.. ia memerlukan suatu komitmen kesungguhan yang luar biasa dari seorang Mujahid Al-Quran.. ramai pelajar yang tidak sanggup menghadapi stage ini kerana seolah-olah merasakan usahanya untuk Hafiz 30 juzuk Al-Quran telah selesai..
Apabila seorang pelajar berniat utk mencapai ranking ini.. ia sangat memerlukan mindset yang baru.. semangat yg baru.. target yang baru.. komitmen yang baru.. disitulah terletak cabaran buat mereka.. umpama seorang graduan yang telah menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, mahu membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat MA dan PHD.
Begitulah juga perumpamaan bagi melanjutkan perjuangan mencapai ranking Emperor Syahadah. Misi Melancarkan Hafazan 30 juzuk Al-Quran selancar Surah Al-Fatihah.
Di peringkat ini para pelajar diberi tugasan utk melancarkan hafazan sehingga peringkat mampu tasmik dengan Murabbinya minima 5 juzuk sehari tanpa kesalahan.. kemudia perlu melepasi Exam tebuk hafazan dengan pemeriksa jemputan.. 4 Soalan bagi setiap juzuk hafazan bersamaan 120 soalan..
Moga Allah merahmati perjuangan para mujahid Al-Quran ini.. Moga Al-Quran terus menjadi teman hidup mereka hingga syurga…
berminat mengetahui lebih lanjut tentang Tahfiz AKMAL