
Alhamdulillah… Syukur pada Allah Swt, Semalam Akademi Akmal dapat menuai kejayaan baru.. 2 Pelajar berjaya mencapai misi mereka untuk hafiz 30 juzuk Al-Quran.
Tahniah buat adik MUHAMMAD MUADZ MUJAHID BIN M.SHAYUTI kerana berjaya mengkhatamkan hafalan akhirnya semalam. pelajar yang baru berumur 11 Tahun ini telah memulakan hafalannya di Tahfiz Akademi AKMAL pada 1/1/2019 dan berjaya menamatkannya pada 4/11/2020. Mujahid telah mengambil masa selama 471 hari bersamaan satu Tahun tiga Bulan 16 Hari.. Alhamdulillah…
MASALAH SUKA TERGESA
Muadz Mujahid bukanlah pelajar yang hebat.. punya kelemahan yang banyak dari peringkat awal dia masuk ke Tahfiz AKMAL.
Mujahid sering tergesa-gesa dalam menghantar bacaan.. sifat kalutnya membuatkan dia kerap tertukar tertinggal baris-baris ayat yang dihafal. kesannya, hantaran Mujahid selalu ditolak oleh ustazah..
KUAT MERAJUK PADA GURU
Kesan kerana kalot dalam bacaan membuatkan hantaran bacaannya di tolak.. apa lagi.. mulalah dia merajuk kerana kecewa hafalan ditolak. kata Ustazah Ramizah “kadang-kadang apabila bacaannya direject banyak kali, mujahid akan menangis dan tak nak bercakap dengan guru..
KUAT MAIN DAN MUDAH TERPENGARUH KAWAN
kadang-kadang Mujahid juga seperti kawan yang lain, kuat main dan kurang serius ketika dalam kelas, sekiranya ada kawan-kawannya mengeluarkan satu topik cerita.. mulalah dia hilang
fokusnya untuk menghafal..
Kata Ustazah lagi, antara cabaran terbesarnya adalah dia tidak berapa minat untuk menambah bilangan muka surat sabaq. Di seorang yang mengutamakan bacaan ulangan (manzil) berbanding hafalan baru (sabaq)
Namun, selepas matlamat dan target khatamnya sudah mula jelas, mujahid berjaya melawan sikap buruknya.. buktinya, Mukahid mampu khatam pada tarikh yang ditetapkan walau mujahid agak ketinggalan jauh dari kawan-kawan seperjuangannya.. ditambah lagi ujian terpaksa menghafal di rumah dalam tempoh PKP.
KELEBIHAN DAN KEKUATAN MUADZ MUJAHID
Setiap pelajar ada kelebihan dan ada kekurangannya.. begitu juga Mujahid.. dia seorang hebat kerana tidak mudah berputus asa dalam mngejar target misinya untuk khatam..
SEORANG YANG KONSISTEN DAN ISTIQAMAH
Menjadi Kebiasaan, Mujahid hanya mampu menghantar 3 muka surat sahaja setiap hari. namun begitu, dia akan memastikan untuk tetap konsisten menghantar sabaq 3 muka setiap hari.. Dia akan terus berusaha selagimana sabaq nya belum cukup 3 muka surat.
WALAUPUN KUAT MENGELUH TETAPI MUJAHID TAAT DENGAN ARAHAN GURU
Mujahid seorang yang mudah mempositifkan diri.. seorang yang bersemangat dan taat pada perintah ustazah walaupun setiap kali ustazah beri tugasan, dia akan berusaha untuk melangsaikannya walaupun kadangkala mengeluh juga.. tugasan pula memang terlalu banyak..
Alhamdulillah.. Berkat kesungguhan dan semangatnya yang tinggi, dia mampu menewaskan kelemahannya.
SUKA MERANCANG
Mujahid punya semangat yang tinggi dan bersistematik.. Dia pandai buat planning.. seorang yang sudah ada perancangan yang jelas untuk mncapai target khatam..
Bayangkan, dia pernah kata nak berjaya hafiz pada tarikh hari kelahirannya dan berjaya mencapainya. disitulah kekuatan dalam merancang. targetnya begitu jelas seolah-olah seperti melihat masa depan.
Kata Ustazah Ramizah guru pembimbingnya, antara Kelebihan terbesar yang dapat dikesan dalam diri mujahid adalah, dia merupakan seorang pelajar yang cepat “pick up” ketika menghafal dan boleh kekal fokus selagi target hariannya tidak diselesaikan. Semangatnya lagi mencabar tatkala saingannya Farah Aimi Najihah juga mengejar dengan rapat dan berusaha untuk khatam pada hari yang sama dengannya..
IBU AYAH YANG MENJADI ASBAB KUAT UNTUK BERJAYA
Motivasi yg paling kuat buatnya adalah ibu dan ayahnya.. mereka memberi semangat dan harapan yang tinggi untuk melihat Mujahid berjaya menjadi Hafiz 30 juzuk Al-Quran.
Terima kasih buat semua yang mendoakan Mujahid.. Ibu bapa yang hebat, Ustaz Ustazah yang mendokong, serta kawan-kawan yang selalu memberi sokongan untuk sama-sama berjaya berkonvo bersama pada bulan Mac ini.. insyAllah.
Alhamdulillah bertambah seorang lagi pelajar AKMAL yang berjaya khatam al-Quran 30 juz. Doakan semoga mujahid terus istiqomah menjaga hafalannya dan menjadi sorang yang memberi manfaat kepada ummah suatu hari nanti. Aamiin.
Terima kasih kepada Ustazah Ramizah dan seluruh guru yang pernah membimbing Mujahid sebelum ini.. Ustazah Salsabila, Ustazah Ummi ‘Ainaa, Ustaz Zulkipli, Ustazah Nurul Aida Alhamdulillah… Jasamu pasti akan dikenang sampai mati…
“Setahun Menempa Sejarah”
Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL