5 Pesanan Penting Ust Ikmal Zaidi Pada Penghafal Al-Quran

Alhamdulillah, Hari ini anak-anak huffaz yang sedang berusaha mengambil syahadah tahfiz AKMAL berpeluang menziarahi Al Fadhil Ustaz Ikmal Zaidi Hasyim. Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya.

Ustaz Ikmal antara qurra’ di Malaysia yang hebat. Lepasan Kuliah Al Quran Al Azhar,Tanta, Mesir yang tak ramai anak Melayu yang lulus dan lepasan dari pusat pengajian tersebut. Keilmuannya dalam bidang Al Quran semangnya diakui ramai ahli Al-Quran yang lain..

Antara pesanan Ust Ikmal kepada anak-anak AKMAL.

1. Selepas khatam dan Hafiz 30 juzuk dalam masa kurang dari setahun ini, perkara paling penting yang perlu dilakukan ialah sentiasa bersyukur kerana dipilih Allah menjadi ahli Al-Quran. Bukan semua orang mendapat nikmat itu.

2. Selepas hafiz 30 juzuk. Mesti sentiasa mengaku kelemahan. Jangan rasa hebat dengan pujian orang dan digelar Hafiz dan Hafizah Al-Quran kerana kita hebat dan dipuji orang bukan kerana kita benar-benar hebat, tetapi kerana Allah tutup aib kita.

3. Sekarang kena fokus betul-betul mengulang Al-Quran dan syahadah Al-Quran. Jangan takut dengan terlepas exam akademik biasa dan sistem persekolahan biasa. Ambil masa betul-betul untuk memantapkan hafalan. Orang yang mendapat Al-Quran, Allah bentangkan dunia untuknya. Percayalah!.

4. “Jangan rasa susah walaupun susah, kerana sesusah manapun jalan itu, tetap kena lalui juga. Seperti jalanraya yang banyak bonggol, walaupun kita tak selesa dengan jalan itu tetap tak boleh bawa laju dan tetap kena lalu juga”.

5. Mesti diingat, semuanya dengan izin Allah!. Kadang-kadang usaha kita sedikit tetapi Allah bagi ingat banyak. Seperti kapas dan air. Walaupun baru tersentuh sedikit dengan air ianya cepat menyerap. Begitulah Al-Quran ini jika diizin Allah..

Terlalu banyak lagi mutiara-mutiara motivasi dan pengalaman yang dikongsi Ust Ikmal pada anak-anak AKMAL. Semoga dapat diingat sampai bila-bila.

Terima kasih Al Fadhil Ust Ikmal. Semoga jumpa lagi insyaAllah..

#ZiarahHuffaz
#teamsyahadah
#hafizsetahun
#AkademiAlQuranAmalillah

www.hafizsetahun.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *