6 Faktor Menarik Kenapa Arman Khan Berjaya Buat Keajaiban, Hafiz 30 Juzuk Al-Quran Dalam Tempoh Hanya 3 Bulan – Tahniah!!

Arman Khan Fazal Azim. Nama ini pernah menjadi bualan hangat dan mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa 12 tahun lalu. Kisah mengagumkan seorang ibu muda Melayu yang berjuang mendapatkan hak penjagaan anaknya, dan melarikan diri dari bumi Pakistan suatu ketika dahulu.

Kini Arman sudah berumur 12 tahun dan kembali mencatat sejarah baru yang juga mengagumkan dalam kehidupannya. Pada pagi jumaat yang penuh barakah, tanggal 11 Oktober 2019 bersamaan 12 Safar 1441 hijrah, Arman Khan berjaya bergelar Al-Hafiz 30 Juzuk Al-Quran. Dan lebih mengagumkan, Arman berjaya membuat keajaiban dan hanya mengambil masa 93 hari bersamaan 3 bulan 3 hari. Satu rekod terbaru buat Tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL). Subhanallah!.

1. KEGAGALAN LAMPAU

Mungkin ada yang berkata, Arman pasti budak genius!. Sebenarnya, genius Arman bukan pada kemampuan otaknya. Tetapi genius pada usahanya yang luar biasa sejak memasuki AKMAL. Arman memulakan kehidupan sebagai penghafal Al-Quran seawal usia 9 tahun. Ibu Arman Puan Siti Nadzirah telah menghantar Arman ke sekolah tahfiz sejak itu demi menjadikan Arman seorang penghafal Al-Quran. Tetapi Arman tidak dapat melakukannya dengan baik. Ada saja masalah sehingga bertukar-tukar pusat tahfiz dalam etempoh masa tiga tahun, dan dalam masa itu juga, Arman hanya mampu menghafal lebih kurang 8 juzuk sahaja.

Akhirnya ibunya terbaca satu berita tentang salah seorang pelajar AKMAL tahun lepas iaitu adik Safiyyah yang berjaya khatam 30 juzuk Al-Quran dalam masa 5 bulan. Tidak menunggu lama, ibunya terus menghubungi pihak AKMAL dan menyatakan keinginan dan kesungguhan beliau sekeluarga untuk mengikuti pengajian dan system AKMAL. Akhirnya Arman diterima masuk. Walaupun masuknya agak lambat beberapa bulan jika dibandingkan pelajar-pelajar lain yang diterima masuk pada tahun ini.

2. TARGET DAN MATLAMAT YANG JELAS

Arman mula bangkit dari kelemahan lama sebelum ini sejak hari pertama memasuki AKMAL. Dia seolah-olah mahu qadha kembali 3 tahun sebelum ini yang telah dihabiskan untuk menghafal Al-Quran. Kata gurunya Ustazah Nurdini, “Arman kalau mengaji memang fokusnya lain macam!. Dia sangat bersungguh dan rajin!”. Sambung Ustazah Nurdini lagi, “Setiap hari, kita boleh lihat Arman memang jelas target dan matlamatnya, dia tak akan senang duduk jika targetnya tidak dapat dicapai”.

3. KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA

Pernah sekali Arman memberitahu gurunya hari ini dia akan ambil sabaq 11 muka surat. Pada awalnya dia hanya ambil separuh sahaja. Selepas selesai ulangan Sabqi dan Manzilnya, terus dia tambah lagi hafalan baru sabaqnya pada hari yang sama. Selagi mana belum dapat 11 muka surat. Selagi itulah dia tidak akan berhenti. Rela dia tak bermain bolasepak, permainan kegemarannya hari itu, kalau targetnya tak dapat dicapai. Berkat kesungguhan dan azam yang kuat itu, Arman semakin lama semakin cepat menghafal. Ingatannya pada hafalan-hafalan lama pun sangat kuat. Itulah kekuatannya.

Arman Khan ketika berjaya menjadi Juara Keseluruhan Pertanding Maraton Huffaz peringkat Shah Alam

4. PANTANG DI CABAR

Kata Musyrif AKMAL Shah Alam, Ustaz Fakhrul, “saya pernah cabar Arman ketika mendapat berita dua orang pelajar AKMAL Terengganu yang khatam dalam masa 5 bulan. Saya cabar Arman supaya pecahkan rekod itu. Ketika itu Arman hanya tersenyum dan menyebut insyaAllah. Tak sangka Arman ambil serius cabaran itu dan dia berjaya memecahkan rekod itu!. 3 bulan 3 hari!. Kami pun tak mampu buat macam tu!” Tambah Ustaz Fakhrul lagi.

5. SUASANA YANG MENDORONG

Apa rahsia kekuatan Arman?. Kata ibu Arman, “Dulu dia biasa sahaja, di AKMAL dia sangat laju. Kami pun terperanjat!”. Tambah Puan Siti Nadzirah lagi, “ system, environment dan tenaga pengajar di AKMAL yang membuatkan Arman bersemangat. Guru-guru dan kawan-kawan yang penyayang di AKMAL adalah sebab utama. AKMAL adalah pusat tahfiz yang kelima Arman belajar dan AKMAL adalah satu-satunya tahfiz yang betul-betul mengajar Al-Quran dengan kasih sayang”. Tegas Puan Siti lagi.

Bersama Grauru dan kan sekelas

Subhanallah!, terlalu tinggi pujian itu. Kami yakin sekolah tahfiz mana-mana pun pasti mendidik dengan kasih sayang. Cuma di AKMAL, memang mendidik dengan kasih sayang dan keikhlasan adalah asas paling utama. Al-Quran adalah lambang kasih sayang Allah pada hambaNya. Dari sayanglah akan mampu menyanyangi..

6.KESABARAN YANG TINGGI

Kelemahan Arman adalah bacaannya agak laju. Mungkin kerana ingin mengejar target hariannya yang banyak. Gigih juga guru tasmiknya Ustazah Nurdini menjaga dan mengawal bacaannya. Jika tidak dijaga dan diingatkan selalu, macam kereta lumbalah pecutannya. Alhamdulillah, berkat kesabaran Ustazah Nurdini dan kesabaran Arman, kini bacaannya semakin baik walaupun kadang-kadang tak sedar juga memecut tekan minyaknya.

Arman Bersama Guru Kelas

Alhamdulillah!, setinggi penghargaan dan tahniah kepada para guru AKMAL khususnya Ustazah Nurdini yang sepanjang masa bersabar mendidik Arman. Jutaan tahniah juga kepada ibu bapa Arman, Puan Siti Nadzirah dan En Fais Shah yang tidak henti-henti memberikan komitmen yang baik sepanjang bersama system AKMAL.

Tasmik Sabaq Akhir Arman Khan

Kini Arman terus menyambung momentumnya untuk mengambil syahadah tahfiz. Peringkat seterusnya yang pasti lebih mencabar. Jalan terus Arman!. Semoga menjadi Khadimul Quran yang bermanfaat untuk ummah insyaAllah. Siru Ala Barakatillah…

AKADEMI AKMAL
www.hafizsetahun.com

#MissionComplete
#SetahunMenempaSejarah
#Hafizsetahun
#TahfizTerbaik
#DoneHafiz30Juz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *