Alhamdulillah.. Cucunda Dato Sri Tuan guru Abdul Hadi Awang… Anak Ust Mohd Akmal , Adun Selama perak Berjaya Mengkhatamkan hafazan 30 Juzuk AL-Quran pagi tadi…

Tahniah buat Ahmad Syamil Bin Mohd Akmal.. kerana tidak berputus asa dalam mencapai misi dan target untuk hafiz 30 juzuk. Pada awalnya kami sangka syamil dah tak mampu mencapai misi sebelum tarikh majlis graduasi Huffaz AKMAL.. tetapi apabila melihat semangat Syamil mula bangkit.. kami mula yakin bahawa dia mampu buat keajaiban.
Syamil Pernah datang perasaan ingin menyerah kalah.. semangatnya menurun teruk apabila dia memikirkan yang dia tak mampu mencapai targetnya seperti kawan-kawan yang lain. dia mula berfikir nak berhenti belajar dengan alasan tidak sanggup berjauhan dengan keluarganya yang tinggal di Perak.. tetapi suatu hari semangatnya mula muncul, Semangat datang apabila atok Hussin, pengasas Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL memberinya kata-kata semangat padanya.. Kata Atok Hussin, VVIP Khas yang bakal datang menyempurnakan hari Haflah Takrimi pada 21 Mac 2020 nanti adalah Tok Ayahnya sendiri (Tok ayah Syamil Dato Sri TG Abdul Hadi Awang) . Atok Hussin Kata lagi, Alangkah bangganya Tok Ayah Jika salah seorang calon pelajar itu adalah Syamil cucunya sendiri..
bersama rakan seperjuangan satu kelas
Syamil mula mendapat suntikan baru, dia bangkit dengan semangat baru demi mencapai kejayaan hafiz30 juzuk dalam tempoh setahun.. dan akhirnya dia benar-benar membuktikan kesungguhannya dan berjaya Hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh 10 bulan.

Pecutan Terakhir, Syamil dalam usaha untuk capai target Hafiz. kemana saja dia dengan Al-Quran
alhamdulillah… Tahniah buat guru2nya.. yang menyokong usaha syamil, dan tahniah juga buat Ust Akmal dan isteri yang sentiasa memberi dorongan yang kuat buat syamil.. menjadikan kelemahan yang ada sebagai kekuatan buat Syamil untuk nekad mencapai misi luar biasa ini.
UCAPAN TERIMA KASIH USTAZ MOHD AKMAL KEPADA SELURUH WARGA AKADEMI AKMAL
“Terima kasih Cikgu Husin serta keluarganya dan seluruh para guru, kakitangan Pusat Tahfiz Akademi Al Quran Amalillah yg telah berhempas pulas mendidik anak-anak di sini sehingga menjadi seorang Hafiz Al Quran. Besarnya jasa mereka dalam menyediakan generasi Al Quran. Bukan senang nak didik budak-budak masih mentah untuk hafal Al Quran. Moga Allah permudahkan segala urusan mereka”
Semoga Syamil akan menjejaki semangat yang ditunjukkan oleh ayah ibu serta dan tokayahnya.. menjadi seorang yg memperjuangkan Al-Quran dan hukum hakamnya… insyAllah


