Semangat Nak Khatam dan Berhaflah Dengan Kawan-Kawan, Khadeeja Hafal Hampir Satu Juzuk Sehari

Alhamdulillah… Maha suci Allah yang memudahkan segala urusan.. memudahkan hafalan.. dan memudahkan jalan untuk berjaya…

Alhamdulillah dengan inayahnya, pada 16 Mac 2020 baru-baru ini.. Lahir seorang lagi hamalatul Quran di Tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL, seorang pelajar hebat bernama Wan Hadiana Khadeeja bt Wan Abdul Hakim…

KELEMAHAN KHADEEJA

Bercerita tentang Khadeeja, Kata gurunya, Khadeeja bukanlah seorang pelajar yang hebat dan sempurna.. dia seorang yang agak gagal dalam mengawal emosi di peringkat awal, seorang yang selalu belajar mengikut mood.. Bila time dirinya tak ada mood, deeja akan hantar sabaq kurang daripada biasa, dan akan malas untuk menghantar sabaq tambahan.

 

Bersama Ustazah kelas dan Ummar Thaqif di Hari Khatam

Dia seorang yang selalu mudah terikut dengan tindakan rakan sekelas.. Jika Melihat rakannya malas untuk menghafal, deeja turut terpengaruh dengan sifat malas tersebut.

Pernah juga satu ketika kata Ustazah, Khadeeja beberapa kali nak pindah dari Akmal. dia lemah semangat dan merasakan dirinya tidak mampu khatam 30 juzuk Al-Quran sebelum Majlis Graduasi Haflah takrimi Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL 2020..

Khadeeja juga mempunyai satu masalah besar.. dia susah nak lancar mukhtar khatam. ini membuatkan dia terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya.. ada ketika, Khadeeja terpaksa mengambil masa selama 5 hari untuk selesaikan bacaan Mukhtar Khatam. kelemahan ini menyebabkan dia lambat berpindahdari satu juzuk, ke juzuk yang lain.

SIFAT KHADEEJA YANG MUDAH RASA TERCABAR

Alhamdulillah.. berkat dorongan rakan-rakan, ibu ayah dan guru kelas, Khadeeja terus berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar target khatam.. Ustazah jumpa kekuatan terpendam dalam dirinya. Dia seorang yang mudah rasa tercabar bila melihat kejayaan rakan-rakannya.

Bila rakan-rakan di Tahfiz Akmal mula sampai ke garisan penamat.. setiap hari ada saja pengumuman pelajar yang berjaya mencapaimisi Hafiz, khadeeja mula timbul rasa tercabar, dia berterusan mengaji untuk memastikan dirinya juga mampu capai kejayaan sepertimana rakan-rakannya yang lain. dia mula nekad untuk khatam, kesungguhan dan fokus khadeeja semakin tinggi untuk mencapai matlamat, walaupun ketika itu ramai yang rasa  tidak yakin dengan kesungguhannya..

KESUNGGUHAN YANG LUAR BIAASA

Khadeeja yang kebiasaannya hanya mampu tasmik sabaq 1 muka surat sahaja setiap hari.. tiba-tiba berjaya meningkatkan helaian sabaq, sehinggakan pernah dia menghafal 15 muka surat sehari.. satu pencapaian luar biasa yang benar-benar membuatkan ramai terkejut.

Alhamdulillah.. usaha luar biasa, pastinya mendapat hasil yang luar biasa.. Khadeeja berjaya membuktikan kemampuannya untuk berjaya.. berjaya hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh 10 bulan 23 hari..

TAHNIAH BUAT SEMUA ATAS KEJAYAAN KHADEEJAA

Tahniah buat ibu bapa yang menjadi pendorong hebat kejayaan.. begitu juga dorongan dari seluruh guru Tahfiz Akademi AKMAL khususnya buat Ustazah Ramizah.. yang sentiasa memberikan motivasi dan membimbing kejayaan khadeeja…

Sama-sama kita doakan agar Khadeeja akan terus istiqamah menjaga hafalan Al-Quran.. membongkar segala rahsia dan ilmu kehebatan AL-Quran.. Mukjizat Rasulullah yang teragung ini…

Setahun Menempa Sejarah
Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL

#Missioncoompleted
#Hafizsetahun
#SetahunMenempaSejarah
#TahfizAkmal
#TahfizTerbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *