
Alhamdulillah.. Hari ini 23-2-2019, tercipta lagi satu sejarah indah.. Adik Wan Muhammad Darwish bin Wan Mustafa.
Darwish, Seorang pelajar yang bertubuh kecil..tetapi walaupun kecil, tetapi kecil-kecil cili padi..waktu menghafalnya terlalu fokus, hingga tak menghiraukan orang lain di sekeliling.. Seorang yang sangat susah nak senyum, tapi kalau dia tersenyum.. Terlalu ikhlas di lihat.. Kata Mudir Akademi AKMAL, ” Kalau time Darwish fokus mengaji, badannya ibarat spring bergoyang-goyang tak pernah terhenti..?
Alhamdulillah.. Dengan berkat doa ibu bapa dan guru-guru, semangat yang berterusan.. usaha kuat dari Darwish sendiri, serta doa dan sokongan semangat ibubapa, guru & kawan-kawan.. Darwish berjaya Hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh 11 bulan 22 hari..
Darwish ni seorg yang sangat pendiam, paling kecik di antara rakan-rakan seperjuangan. tapi “kecil-kecilnya CILI PADI” kata Ustazah Aida guru kelasnya, “dulu dia lah antara yg paling merangkak2 bila baca Al-Quran, tasmik dengan martabat bacaan yg sangat perlahan. setiap kali sampai je turn Darwish tasmik hafalan baru, ade je kawan mengeluh “alaa ustazah.. lame la dia tasmik” “ustazah, boleh tak darwish tukar turn dengan saya? bagilah saya tasmik dulu” “ustazah dengar sabaq saya sekali boleh tak?” “saya dah beratur setengah jam dah ustazah” ?
Tetapi, saya tetap juga berpesan pada pelajar, BERSABAR LAH.. berkat kesabaran semua, Darwish dah boleh mampu baca dengan lancar seperti org lain dan bertajwid ?
https://www.youtube.com/watch?v=pfuH4h0YWp0
Sabar, practice make perfect. Hari ini, Darwish dah berjaya buktikan yang dia mampu bersaing dengan kawan-kawan, dan yang paling PENTING! darwish mampu hafiz 30 juzuk Al-Quran.
Antara cabaran besar buat Darwish.. Penghujung tahun lepas, dia diterima masuk ke satu sekolah baru.. Sedangkan waktu itu baki hafalan Darwish tinggal lagi 4 juzuk.. Dia diberi pilihan samada terpaksa tinggalkan AKMAL, atau mesti khatam baki 4 juzuk tersebut dalam tempoh 2 bulan.. Dengan semangat luar biasa.. Dia terima cabaran itu dan berjaya Hafiz juga Alhamdulillah…
Tahniah Wan Muhammad Darwish.. Tahniah buat ibu Ayah Darwish yang sentiasa mendokong.. Ustaz Ustazah yang sentiasa memberikan kepercayaan tinggi pada Darwish.. Semangat Darwish akan sentiasa menjadi cerita Motivasi hebat buat kawan-kawan yang lain selepas ini… Diakan Darwish sentiasa istiqamah menguatkan hafalan serta menjaga Al-Quran Hingga Akhir Hayat nanti.. Amin. .
#Missioncompleted
#hafizsetahun
#akademiakmal