Alhamdulillah… Menuju tempoh akhir Misi 365 Hari.. Pelajar AKMAL mula silih berganti Berlumba2 ke garisan penamat untuk Misi setahun (365 hari), Hari ini, giliran pelajar comel Rumaisya pula.. Berjaya mencapai Misi Hafiz setahun seperti kawan2 yang lain… Masa yg tercatat amat menbanggakan, hanya 11 bulan 5 hari…
Inilah Siti Rumaisya Binti Abu Bakar.. Pelajar yang sentiasa dipandang kakak oleh pelajar2 yang lain.. Sifatnya yang bertanggungjawab dan suka mengambil berat kawan2, menyebab dia selalu disenangi..
Di peringkat awal bersama Akademi AKMAL, Rumaisya agak lemah berbanding kawan2, sentiasa gagal capai target yg sudah ditetapkan oleh Ustazah dan Mudir, nak capai hafalan satu muka surat sehari pun agak mustahil bagi maisya.. Walaupun susah.. Usahanya tak pernah pudar..
Ada ketika, Rumaisya Melalui ujian yang sukar di awal musim bersama AKMAL, lebih2 lagi apabila Siti Nusaibah adik kandung Maisyaa yang berusia 10 tahun berjaya khatam 3 bulan lebih awal dari nya..
Tapi Alhamdulillah semua cabaran ini dipandang penuh positive, dengan semangat dan dorongan dari Ustaz Ustazah, dorongan Ibu Bapa yang tak putus2, akhirnya Rumaisyaa berjaya mencapai Misi Setahun dengan jayanya…
Kata Ustazah Salsabila, “kadangkala dia terharu melihat Rumaisya, terlalu menghargai nasihat-nasihat yang ustazah sampaikan.. Sehingga jika dia diberi nasihat, Rumaisya takkan lupa untuk mencatit segala bait kata-kata ustazah di bahagian ruang kecil muka surat Al-Quran.. Dia takut segala nasihat ini akan hilang suatu hari nanti.. Kata-kata yg selalu saya ulang-ulang, dan menjadi pegangan kepada Rumaisya : ” if you fail to Plan, You Plan to Fail” omputih pulak dah kan.. ? ”
Apapun dari pihak pengurusan AKMAL, Kami ucapkan ribuan Tahniah buat Rumaisya… Kerana berjaya mencapai misi getir ini, dan berjaya menamatkan hafalan 30 juzuk Al-Quran, walaupun hampir-hampir dilihat Mustahil di peringkat awal.
Terima kasih juga kepada Ust Abu bakar dan isteri kerana sentiasa menjadi pendorong kuat pada Rumaisya.. Tak lupa juga adiknya Nusaibah serta kawan2 tak jemu2 memberikan semangat.
Semoga Allah memelihara Rumaisya agar dia sentiasa murajaah Al-Quran, berpegang dengannya, serta menjaga hafalannya sehingga nafas yg terakhir..
maklumat lanjunt tentang Akademi AKMAL
Layari www.hafizsetahun.com
