Capai 94.3% Syahadah Sughra, Namun Azhar Masih Tidak Puas Hati?

Tekad dan usaha luar biasa Al-Azhar Saifullah Bin Azmi ternyata membuahkan hasil yang sangat membanggakan apabila beliau berjaya menduduki imtihan Syahadah Sughra 30 Juzuk dengan markah yang diperoleh sebanyak 94.3% yang membawa pangkat Mumtaz dalam ujian Syahadah tersebut. Lebih mesra dengan panggilan Azhar, seorang anak kelahiran negeri Johor ini membuktikan bahawa beliau mampu menamatkan ujian Syahadah Sughra dengan cemerlang.

Sebelum ini Azhar merupakan pelajar AKMAL Tahfiz Online yang mana Azhar mengkhatamkan Al-Quran secara atas talian sahaja, Azhar mengambil masa selama 6 bulan 7 hari sahaja untuk bergelar seorang hafiz Al-Quran. Namun untuk syahadah kali ini pula beliau berjaya memecahkan rekod dengan hanya mengambil masa 5 bulan 17 hari sahaja untuk mengambil ujian tersebut.

Semasa saya di AKMAL Tahfiz Online tu, saya macam takde terfikir nak buat syahadah. Jadi Mak saya kata rugi kalau dah Hafiz tapi tak buat Syahadah nanti tak ingat Al-Quran. Jadi Mak saya kata masuk AKMAL lah, kalau AKMAL boleh buat saya khatam pasti syahadah pun boleh. -Azhar Al-Hafiz

Bermula di AKMAL Tahfiz Online, kemudian menyambung kembali perjuangannya dengan mengambil syahadah 30 Juzuk Al-Quran di AKMAL Cawangan Terengganu. Pada 28 Mac 2024, Azhar telah menyahut seruan untuk mengambil Syahadah Sughra selama satu hari. Syahadah Sughra mempunyai sebanyak 120 soalan yang merangkumi 4 soalan setiap juzuk secara rawak. Alhamdulillah, dengan izinNYA serta doa daripada ibu bapa, para Murabbi dan sahabat-sahabat serta bimbingan daripada Murabbi Fahmi, Azhar berjaya dengan sangat cemerlang dengan memperolehi markah 94.3% yang juga telah diuji oleh Ustaz Mohd Yunus daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Usaha tidak berhenti setakat ini sahaja. Azhar berhasrat tinggi untuk meneruskan perjuangan Al-Quran nya dengan impian menamatkan ujian Syahadah Kubra pula pada bulan hadapan. Didoakan agar adik Azhar Al-Hafiz berjaya dengan lebih cemerlang pada sesi Syahadah Kubra akan datang InnShaaAllah.

 

JOM LAYARI WEBSITE KAMI UNTUK LEBIH INFO MENGENAI AKMAL :

https://hafizsetahun.com/ – AKMAL ASRAMA & HARIAN

https://tahfizonline.com/ – AKMAL TAHFIZ ONLINE

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *