400 Huffaz Berjaya Hafiz Al-Quran Hasil Bimbingan Murabbi AKMAL

INNER CIRCLE MURABBI 2023

Hampir 400 pelajar AKMAL telah berjaya melakarkan sejarah tersendiri apabila berjaya bergelar Hafiz Al-Quran dalam masa setahun atau kurang. Kejayaan ini sudah pasti memberi gambaran yang cukup tepat kepada bimbingan, strategi dan kaedah yang diterapkan di AKMAL. Peranan Murabbi dan Murabbiah di AKMAL adalah sebagai pembimbing kepada pelajar-pelajar di AKMAL bagi membantu para pelajar untuk mencapai target dan misi hafiz Al-Quran dalam tempoh setahun atau kurang.

Murabbi dan Murabbiah adalah antara penentu utama kepada hala tuju pelajar di AKMAL. Selari dengan visi AKMAL iaitu menjadi peneraju Akademi Tahfiz ‘Fast Track’ satu tahun atau kurang menjelang tahun 2027 dan juga melahirkan seramai 3 ribu Huffaz satu tahun menjelang 2027, sudah pasti komitmen dan kesungguhan para murabbi dan murrabiah menjadi tulang belakang yang sangat penting.

Bila bekerjasama ni sangat sangat enjoy walaupun ada problem. Jadi sistem tu dia tak sama dengan tempat lain, dia lebih ada satu satu cabaran, kita kongsi bersama, kita berpakat bersama, kita selesaikan bersama. Kita nampak ruhul jemaah sangat sangat terbaiklah. Itu manisnya di AKMAL. -Mudir AKMAL HQ Terengganu

https://vt.tiktok.com/ZSFVLQ2Vu/

Circle bekerja yang utama di AKMAL adalah support system. Murabbi dan Murabbiah AKMAL sentiasa diberi peluang untuk mempertingkatkan potensi kerja dan merasai rasa kebersamaan yang sangat harmoni dan ceria yang tersangat tinggi. Sikap positif para Murabbi dan Murabbiah di AKMAL sangat membantu dalam meningkatkan tahap motivasi pelajar setiap hari. Pengorbanan Murabbi dan Murabbiah di AKMAL sangat berharga sehingga ada yang sanggup ‘mencuri’ masa demi menjaga hafazan para pelajar di AKMAL tidak kira siang atau malam, dalam atau luar waktu bekerja. Ini adalah contoh yang membuktikan bahawa para Murabbi dan Murabbiah AKMAL amat komited dan bersungguh-sungguh untuk melahirkan huffaz bukan sahaja pada kuantiti malah pada kualiti.

AKMAL sangat membuka ruang kepada mana-mana lepasan Tahfiz terutamanya untuk bersama-sama team Murabbi AKMAL. Beberapa syarat yang perlu boleh dirujuk terus ke dalam website rasmi muallim AKMAL iaitu di laman sesawang https://hafizsetahun.com/muallim/ . Pendaftaran untuk Murabbi dan Murabbiah sentiasa dibuka di setiap cawangan AKMAL di seluruh Malaysia mengikut keperluan dan kekosongan semasa. AKMAL amat mengalu-alukan penyertaan semua dalam menjayakan visi misi AKMAL dan melahirkan Huffaz cemerlang dan professional pada masa akan datang.

High Perfomance MURABBI! We Make It Happen!

Boleh terus layari website rasmi Muallim AKMAL untuk keterangan lanjut berkenaan syarat-syarat, kelebihan-kelebihan dan pendaftaran, https://hafizsetahun.com/muallim/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *