Alhamdulillah.. Jam 5.31 petang sabtu.. Sejarah Baru buat akademi AKMAL Shah Alam.. Lahirnya Hafizah Al-Quran pertama . Aishah Humairah.. mengambil masa sebanyak 327 hari , bersamaan 10 bulan 23 hari untuk mengkhatamkan keseluruhan 30 juzuk Al-Quran
Menarik sangat tentang Hafizah Comel ini.. Aishah Humaira.. Manis seperti manisnya nama isteri kesayangan Rasulullah.. Seorang yg selalu tersenyum manis, manja tetapi menyenangkan hati semua Ustaz ustazah dan kawan2.. merupakan seorang pelajar yang baik akhlaknya dan sangat kuat berusaha, sentiasa peka dengan bertanggungjawab untuk menghantar semua rukun hafalan setiap hari..
Kata Ustaz imad, Aishah ni selalu sangat down, mudah frust dan putus asa bila diuji dengan ayat2 Al- Quran yang susah untuk dihafal, atau ditimpa masalah.. Tapi Aishah punya ibu yg hebat.. Cepat ambil peranan bila nampak dia mula kurang semangat… Takkan menunggu waktu yang panjang utk support Aishah…
Disini bukti yang jelas sangat2.. Bahawa peranan ibu ayah menjadi sumber yang sangat penting dalam usaha bagi menjayakan misi Hafiz Setahun ini..
Tahniah Aishah Humairah.. Tahniah kedua ibubapa Aishah yang sentiasa membantu.. Dan tahniah pada semua guru dan rakan2.. Doakan Semoga Aishah menjadi Hafizah al Quran yang berjaya dan menjadi contoh kepada rakan2 yang lain..
dapatkan info lengkap tentang Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL di
www.hafizsetahun.com
