KETINGGALAN DARI TEMAN-TEMANNYA YANG LAIN BUKAN SEBAB UNTUK MENYERAH KALAH, KINI NAUFAL DAN NURIN BERJAYA HABISKAN 30 JUZUK AL-QURAN DALAM TEMPOH SETAHUN 2 BULAN

Alhamdulillah pada 29/4/2019 tercipta lagi satu kenangan indah buat warga Akademi Akmal apabila 2 orang lagi pelajar berjaya khatam Hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh setahun dua bulan, tahniah.. Usaha keras yang membanggakan kami semua..

Beribu-ribu Tahniah buat Muhammad Naufal bin Burhanuddin dan Nurin Mastura binti Mat Zain, Masing-masing baru sahaja berumur 12 tahun.. usaha dan komitmen telah diberikan 100%.. Tetapi Sayang sedikit terlewat..

Walaupun ada sedikit perasaan sedih dan kecewa, kerana tak sempat bergraduasi bersama teman -teman seperjuangan yg lain..
Lebih-lebih lagi buat adik Naufal, terasa tercabar apabila Sepupunya Fawwaz menjadi antara pelajar terawal Hafiz 30 juzuk Al-Quran di Akademi Akmal..

Nurin pula kehilangan kesemua kawan-kawan Perempuan yang sama-sama berdaftar di hari pertama Akademi akmal tahun lepas.. tetapi Naufal dan Nurin tak pernah berputus asa, tiada istilah gagal dalam mengejar cita-cita.. Kedua-dua mereka bangkit dan berusaha keras sampai ke garisan penamat untuk turut bersama teman-temannya yg lain merasai kemanisan menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran.

Naufal adalah pelajar Perantau yang datang dari negeri Perak.. jauh sedikit berbanding kawan-kawan yang lain.. tetapi beruntung juga kerana atoknya orang Terengganu.. atoknya orang hebat.. sentiasa memberikan suntikan semangat pada Naufal untuk terus berusaha.. Ibu Ayah Naufal juga sangat mengambil berat.. Kental dan sangat tegas dengan Naufal, tidak lain, agar Naufal tidak mudah hanyut dan sentiasa fokus mencapai misi..

Tahniah Ibu Ayah Naufal… Jika ditanya pada Naufal tentang kejayaannya.. katanya ” kita tidak perlu membandingkan pencapaian kita dengan pencapaian orang lain. Kita hanya perlu usaha terus untuk sampai ke garisan penamat.. mencapai matlamat yang kita sendiri tetapkan “.
Kata-kata ini dia perolehi dari slot motivasi yang dilakukan setiap pagi di Akmal dari guru-guru. itulah juga menjadi pembakar semangatnya untuk terus bangkit dalam mencapai matlamatnya..

Lain pula situasi si kecil Nurin, Berasal dari Terengganu.. rumahnya satu kampung dengan Akademi Akmal, mempunyai Seorang Ibu yang luar biasa Hebat.. Walaupun dulunya seorang ibu tunggal dan bukan dari keluarga yang senang.. Ibu Nurin sentiasa berusaha keras berniaga di gerai makan, untuk memastikan kejayaan Nurin.. kuat samangatnya mendorong kejayaan Nurin.. walau kadangkala ada sahaja suara-suara sindiran pedas berbisik di belakang..

Tahniah buat Puan Jamilah Adam.. wanita besi yang boleh menjadi ispirasi buat wanita lain juga insyAllah… ibu-ibu hebat pasti melahirkan anak-anak yang hebat…
Alhamdulillah, semua halangan dan rintangan berjaya dilalui oleh mereka..Tahniah buat mereka.. Tahniah buat Ibu Bapa mereka yang sentiasa menjadi pendorong utama kejayaan.. Tahniah buat Seluruh Ustaz dan Ustazah AKMAL kerana berpenat lelah untuk melihat adik-adik ini Berjaya mencapai cita-cita besar ini.. Tahniah juga kepada rakan-rakan sebaya yang menjadi pendorong…

kami di pihak pengurusan AKMAL.. Mudir.. Atok Hussin, Tokmi, dan para Musyrif.. mendoakan semoga mereka istiqamah menjaga hafalan.. sentiasa murajaah sekurang-kurangnya 3 juzuk sehari.. dan kalau boleh, berusaha untuk terus ambil peluang memantapkan hafalan dalam program Syahadah Al-Quran di masa akan datang…. insyAllah..

#Hafizsetahun
#Missioncomplete
keredit to: Ustazah Ramizah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *