Alhamdulillah… Tahun ini adalah tahun percubaan baru buat kami Tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL, dengan memulakan langkah baru menerima pelajar yang berusia 13 ke 15 tahun.. yang mana pada tahun lepas kami hanya menerima pelajar terhad pada umur 10 ke 12 tahun…
Apapun Alhamdulillah.. Walaupun ini adalah pengalaman baru yang agak mencabar buat kami, melaksanakan kaedah Tahfiz Setahun di Akademi Al-Quran Amalillah untuk pelajar tahap remaja ini, Elyas membuktikan bahawa langkah yang dibuat ini terbukti tidak tersilap.. memang kaedah pengajaran dan saikologi pelajar usia 10-12 tahun ini ada jauh perbezaannya berbanding pelajar 13-15.

Dengan tambahan kos yang terpaksa di tambah kerana terpaksa mencari lokasi yang berasingan bagi membuat penempatan baru pelajar ramaja AKMAL. mungkin selepas ini peluang bakal akan dibuka dengan lebih luas lagi buat anak2 kita untuk menjad hafiz Al-Quran selepas usia UPSR…
UJIAN DAN CABARAH
Elyas Al-Hakimi berjaya membuat rekod luar biasa dengan berjaya menyaingi rekod yang pernah dibuat oleh Engku Safiyah tahun lepas… Walaupun pada peringkat awal, Elyas agak lemah dalam menghafal. Dengan masalah suaranya yang perlahan, dia payah nak focus menghafal kalau ada kawan yang bercakap-cakap dalam kelas. dia kerap kehilangan suara kerana gigihnya berusaha. Ia juga memberi kesan kepada tempo bacaan dan kecermatan dalam bacaan Elyas .
Satu masa, Elyas terpaksa bercuti selama sebulan kerana diuji dengan sakit.. banyak dia tertinggal target hafalan… tetapi Alhamdulillah… ujian sakit tak mematahkan semangat dia untuk Berjaya. Malah lepas bercuti sakit, dia memperbaharui niatnya dan lebih kuat berusaha. Dia Takkan ambil ringan dengan kewajipan murajaah harian.. dia akan usaha juga buat bacaan mukhtar khatam pada hari yang sama setiap kali khatam juzuk yang baru.
Tahniah Elyas… Tahniah buat Gurunya Ustaz Izzul, dan tak lupa buat kedua ibubapa Elyas yang sentiasa mendorong kejayaan Elyas… doakan
Bacaan Sabaq Akhir Elyas
SeMoga Elyas sentiasa istiqamah mengulang dan memantapkan hafalannya dan mencapai cita2 dan kejayaan buat masa akan datang.. cabaran pertama telah berjaya.. kini cabaran baru buat Elyas dalam menumpukan sepenuh fokus dan tenaga bagi memantapkan lagi hafazan dan mengambil ujian syahadah Al-Quran insyAllah….
#MissionComplete
#TahfizTerbaik
#TahfizAkademiAKMAL
#DoneHafiz30Juzuk
