Subhanallahm.. Alhamdulillah… Allah Akbar.. Maha suci Allah SWT yang memberikan nikmatnya yang melimpah ruah..
Alhamdulillah… Hari ini seorang lagi pelajar Kami, Ahmad Haziq Fakhrullah bin Mohamad berjaya mencapai Misinya Hafiz 30 juzuk Al-Quran di Akademi Al Quran Amalillah AKMAL …
Ikut tempoh kiraan hari, Hanya 287 hari, (bersamaan 9 bulan 12 hari)
Kiraan bulan, Daftar masuk 8/7/2018, dan khatam pada 4/7/2019, bersamaan 11 bulan 26 hari

Menariknya tentang Haziq, dia seorang yang sangat pendiam.. Tak banyak bercakap.. Senyum pun agak mahal.. Jika ada hari yang dia tak ingat hafalan.. Tak dapat capai target hafalan harian, maka Hujan air mata pun turunlah mencurah2..
Teringat kami waktu Mula2 temuduga Haziq tahun lepas.. Bila ditanya kenapa nak masuk AKMAL? Katanya dia tak nak pegi sekolah, tapi nak hafal Quran.. Kami tanya 2 3 kali jawapanya sama.. rupa2nya katanya letih dah buat homework sekolah… nasib baik lah semangat nak menghafal Quran tu tinggi.. Jadi luluslah temuduga.. hahahah
Masa pertengahan tahun.. Semangat Haziq agak Down apabila seorang demi seorang kawan2nya khatam 30 juzuk Al Quran dan pergi meninggalkan Akademi AKMAL.. mana boleh dibandingkan dengan yg lain, Haziq masuk ke Akademi pun dah penghujung tahun.. Tetapi Alhamdulillah.. Apabila mendapat kawan2 baru yang bersemangat tinggi.. Dia cepat bangkit kembali..

Itulah kisah kelakar tetapi bermotivasi Ahmad Haziq Fakhrullah…
kami nukilkan disini buat penambah motivasi kami..
Jutaan Tahniah kami ucapkan buat Haziq fakhrullah.. Kebanggan buat kami semua.. Sesuai dengan maksud namanya sebagai kebanggaan Agama… Tahniah juga buat para asatizah yang bertungkus lumus menjayakan misi luar biasa ini.. Dan buat Ibu Ayah Haziq yg selalu peka, cepat respon dan support Haziq… terima kaih buat semua..
Sama2 kita mendoakan agar Haqiz sentiasa istiqamah murajaah Al Quran sepanjang hayatnya.. dan sentiasa menjadi kebangaan Agama di mana sahaja dia berada..
بارك الله فيك يا حزيق فخرالله…
اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا ونور صدورنا وجلاء أحزاننا اللهم اجعل القرآن حجة لنا ولا تجعله حجة علينا
www.hafizsetahun.com
