
Hari ini lahir seorang lagi Hafiz Al-Quran yang ke 3 di Akademi al Quran Amalillah cawangan Shah Alam
Dengan Izin Allah, Ahmad Alief Amri berjaya menghafal keseluruhan 30 juzuk Al-Quran dalam masa 10 bulan 20 hari, ia bersamaan 325 hari di usia 15 tahun…
Alif ni dulu…waktu di peringkat awal mula hafal Quran, memang agak susah dan mencabar nak hafal sabaq (hafalan baru).. Nak dapatkan satu muka pun sangat susah.. Alief pernah masuk pusat tahfiz lain sebelum AKMAL, di Pusat Tahfiz sebelum ni, 2 tahun Alief hanya dpt 3 juzuk sahaja…
alhamdulillah dengan berkat usahanya yang berterusan serta bimbingan dan nasihat semangat dari guru2 yg tidak putus2.. Teknik hafalan yg berkesan, Serta ibu bapa yang terlalu mengambil berat tentang prestasi Alief.. Alief berjaya menyempurnakan misinya. sampai sekarang, Alif memegang rekod tertinggi dengan 3 hari sabaq, dia mampu khatam 1 juzuk..alhamdulillah
Doakan Semoga, Ahmad Alief berterusan mengulang al Quran dan menjaga hafalanya hingga ke akhir hayat…