Ahamdulillah.. Adam kini bergelar Al Hafiz. Perjuangan yang bukan mudah. Adam masuk mendaftar ke Akmal bersama adiknya Mujahid dengan cita-cita untuk menghabiskan hafalan dalam masa satu tahun…

Tetapi adiknya lebih laju jauh meninggalkannya. Mujahid khatam pada tahun lepas dengan rekod 10 bulan.
Adam pada awalnya mengalami kesukaran menghafal. Bukan kerana lemah daya ingatan tetapi ujian Allah padanya dengan suara yang sentiasa serak dan nafas yang pendek. Ianya menyukarkannya untuk menghafal. Selalu sahaja guru-guru naik kesian melihat dia gigih menghafal. Tegang urat lehernya membaca Quran. Turun naik dadanya tinggi-tinggi ketika menghela nafas membaca bait-bait ayat suci itu
Cabaran bagi gurunya Ust Fitri ialah mengekalkan fokusnya. Entah kenapa Adam selalu termenung. Mungkin rehat sebentar melegakan dadanya yang letih mengambil nafas. Mungkin juga menerawang fikirannya kemana-mana. Kata gurunya, “kita kena sentiasa perhatikannya dalam masa yang sama kena jaga mood dia. Kadang-kadang kena pujuk-pujuk barulah datang moodnya. Hari yang moodnya ok, memang cepatlah ingatannya”. Gigih juga Ust Fitri melayan karenah Adam.
Alhamdulillah, dalam kesukaran suara yang serak dan nafas yang bermasalah. Dengan berkat Al-Quran, masalahnya makin lama makin dapat diatasi. Berkat usaha dan doa ibu ayahnya, selepas 508 hari bersamaan 1 tahun 4 bulan 23 hari. Kini Adam berjaya menggembirakan ibu dan ayahnya.
Tahniah Adam!. Semoga istiqamah menjaga Al-Quran sehingga akhir hayat. Kini cabaran untuk mengambil Syahadah pula menanti. Subhanallah!. Inilah dia kehidupan ahli Al-Quran sepanjang hidup. Sentiasa dengan Al-Quran.. Tahniah juga buat Guru2, ibubapa, kawan2 yg sentiasa menjadi pendorong untuk berjaya…
Manusia itu unik, Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan yang berbeza.. kami berusaha fokus mencari kelebihan yang ada.. disana mungkin menjadi salah satu punca kejayaannya insyAllah..
#MissionComplete
#HafizSetahun
#TahfizAkmal
#AkademiAkmal
#SetahunMnempaSejarah
