Meraikan Tasmik Terakhir dengan lafaz Allah Akbar! Kasih insyirah Balqis binti Mohd Arman, Hafiz dalam 11 bulan.

Alhamdulillah… Semalam Shah Alam.. Hari ni Di Terengganu pula.. Inilah Tasmik Hafalan Terakhir yang dihantar oleh insyirah pagi tadi… Perasaan yang sangat gembira dan mengharukan bagi setiap penjuang dan penghafal Kalamullah… Lebih2 lagi bagi pelajar2 akademi AKMAL yang berjuang mengejar Misi Hafiz dalam tempoh setahun atau 365 Hari.. Walaupun misi ini hampir luar biasa.. Tetapi berjaya juga disempurnakan denganĀ jayanya..

Jutaan Tahniah buat Hafizah ini. Adik Kasih insyirah Balqis binti Mohd Arman, kerana hari ini telah berjaya mengkhatamkan hafalan 30 juzuk Al-Quran Kareem dalam tempoh 11 bulan dan 24 hari.. Hanya berbaki 36 untuk tamat tempoh…

Insyirah ni anak bongsu, seorang yang agak pendiam dan pemalu dikalangan pelajar2 AKMAL.. moodnya kadangkala payah dijangka.. Dan kadangkala mudah merajuk, Tapi Alhamdulillah.. semangatnya mampu mengatasi semuanya…

Kata ustazah, ” insyirah Seorang yang sangat menghormati guru.. Kalau lalu sahaja depan guru.. Mesti dia tegur dan tundukkan kepala.. Walaupun pemalu, tetapi dia Tak malu utk belajar.. Suka bertanyakan soalan bila ada masalah utk menghafal dan cara bacaan.”..

Tahniah sekali lagi buat Kasih insyirah Balqis…
Semoga sentiasa menerangi masyarakat dengan ilmu Al-Quran… Tahniah juga buat Ibu bapa insyirah yang sentiasa menjadi pendokong kuat bagi menjayakan cita2nya.. Tahniah buat Ustaz dan ustazah yg sentiasa berusaha menjayakan misi besar ini.. Semoga Insyirah sentiasa istiqamah menjaga hafazan AL-QURAN dan berusaha utk menguatkan hafalannya di masa kan datang…

12 Feb 2019
Akademi Al-Quran Amalillah – AKMAL

http://www.hafizsetahun.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *