
Alhamdulillah… Tanggal 10/11/2019 lahir lagi seorang Hafizah 30 Juzuk Al-Quran di Tahfiz setahun Akademi Al-Quran Amalillah AKMAL, hanya dalam tempoh 7 bulan 6 hari.
Apa yang menarik kejayaan demi kejayaan pelajar-pelajar ini memberikan makna yang cukup besar bahawa setiap kejayaan luar biasa ini bukanlah suatu kebetulan, tetapi ia berasaskan kepada Usaha, Komitmen dan modul yang betul-betul kukuh untuk menjayakannya…
Hari ini lahir lagi seorang pejuang Al-Quran insyAllah, Nur Zahirah Mohammad, 13 Tahun, kini BERJAYA membuat rekod gemilang untuk dirinya. Dia Berjaya buktikan yang dia juga mampu nak Berjaya, dengan syarat usaha juga kena luar biasa…
NUR ZAHIRAH LEKA DI AWALNYA
Nur Zahirah ni bukan seorang pelajar yang Genius.. bukan juga seorang yang luar biasa, terlalu banyak sangat kelemahan dia di peringkat awal pengajian..
kata Ustazah kelasnya, Zahirah ni Selalu gagal untuk menghantar hafalan sabaq, Dia ada masalah dan susah untuk fokus dalam pelajaran, gagal dalam mencari rentak dan gaya hafalan, yang lebih berat lagi, zahirah terlalu mudah terpengaruh dengan kawan yang suka main dalam kelas.
Kelemahan dia, kalau tengok kawan-kawan main.. dia pun akan terpengaruh sama, sedangkan kawan dah selesaikan tugas harian.
Jika Ustazah berikan amanah untuk menghafal dan mencapai target, dia suka buat sambil lewa dan menganggap amanah ustazah itu tidak penting… kadangkala semangat Zahirah kerap pudar, sehingga menganggap dirinya tak layak untuk menghafal Kalamullah…
KEBANGKITAN NUR ZAHIRAH
Alhamdulillah akhirnya Zahir berjaya buktikan yang dia juga mampu berjaya, walaupun agak lemah di peringkat awal.
Tahniah buat Ustazahnya kerana cekal memberikannya dorongan semangat motivasi yang tak putus-putus. Suatu hari cerita Ustazah Sabila, dia marah sangat ngan Nur Zahirah ni sebab tak serius belajar dan selalu gagal dalam mencapai target hafalan harian. tapi ada perkara menarik berlaku pada zahirah. ia agak lawak juga.
Satu hari zahirah kene marah dengan ustazah, dan Marah Ustazah pada kali ini sampai terbawa-bawa dalam mimpi Zahirah. Kata Zahirah, Ustazah Tanya dia dalam mimpi.. Awak ni Zahirah!! Untuk apa awak datang ke AKMAL? memang hanya nak datang untuk main-main ke? Bila dia sedar dari mimpi, dia betul-betul terkesan, peristiwa tu jadi salah satu penyebab Zahirah berubah… Menarik kan! macam-macam hal anak-anak Tahfiz AKMAL ni. Hihihi…
Sokongan Kawan-kawan, Mak Ayah dan keluarga juga memberi kesan besar buat Zahirah.. Harapan Mak Ayah terlalu tingg buat Zahirah, mereka kerap berpesan supaya zahirah sentiasa ikhlas dalam menghafal Al-Quran. sebagai penguat motivasi.
keluarganya nak hadiahkan zahirah Umrah ke bumi impian “Baitullah Al-Haram” . kakaknya pula Cabar dia supaya Hafiz Al-Quran dalam tempoh kurang dari 12 bulan. Alhamdulillah Zahirah betul-betul boleh buat walaupun cabaran tu terasa agak sukar… Terima Kasih Semua… dorongan begitu memang sangat-sangat diperlukan.. dorongan motivasi bukan paksaan.
TAHNIAH NUR ZAHIRAH (VIDEO NUR ZAHIRAH TASMIK SABAQ AKHIR)
Tahniah buat Nur Zahirah, sama-sama kita Doakan agar suatu hari nanti, Nur Zahirah akan menjadi Cahaya yang menerangi Ummat ini dengan Al-Quran insyAllah.. cita-cita dia nak jadi PAKAR BEDAH katanya. InsyAllah… jika Al-Quran pun sudah didada.. ilmu lain bukan lagi mustahil buat kita…
www.hafizsetahun.com
#Tahfizsetahun
#Akademiakmal
#Tahfizterbaik
#MissionComplete