
Dalam proses kita berusaha untuk berjaya, adakalanya bukanlah memerlukan satu perubah yang terlalu besar. tetapi perlu memahami dan kenal dengan jelas punca kekuatan dan kelemahan kita. mungkin hanya kerana membuat sedikit perubahan yang betul, kita berjaya melonjakkan potensi sebenar kita.
itulah cerita tentang Aishah Nursaadah..
Di peringkat permulaannya dia di Tahfiz Akademi Al-Quran Amalillah, Aishah kerap hantar hafalan sedikit² sehingga ibunya sentiasa datang memberi semangat pada Aishah untuk berusaha lebih keras lagi. Kerana Ibu Aishah tahu dan yakin dengan kemampuan Aishah.
Aishah agak susah untuk memberi fokus dalam menghafal, sifatnya yang penyayang membuatkan dia suka bermain dengan kawan² yg kecil .. Sehinggalah suatu hari Aishah mendapat perhatian Mudir dan ditukarkan kelas ke guru lain. Alhamdulillah.. baru nampak potensi Aishah yg sebenar..
Aishah seorang pelajar yang cerdik.. Seirang yang mempunyai hafalan yg kuat.. Mudah menghafal dan kuat ingatan pada hafalan lama.. Dia tiada masalah untuk berpindah ke juzuk baru setiap kali khatam juzuk yang dihafal.
Berbanding sebahagian pelajar yang terpaksa mengambil masa beberapa hari untuk lulus ke juzuk yang baru. Pada hari sabaq akhir juga, Aishah telah menyelesaikan bacaan Mokhtar khatamnya pada hari yang sama…
Hubungan Aishah dengan guru & kawan sangat baik.. Seorang pelajar tidak banyak bercakap dihadapan guru melainkan yg perlu sahaja .. Kata Guru kelas Aishah.. “Kalau dia bersama kawan2, lain pula jadinya.. Aishah sangat peramah..
BACAAN SABAQ AKHIR AISHAH NURSAADAH
Tahniah buat Aishah Nursaadah… Tahniah kerana mempunyai misi yg jelas untuk mencapai kejayaan..
Tahniah juga buat gurunya yang kuat berusaha dan kedua ibu bapa Aishah yang sentiasa peka tentang perkembangan Aishah…
Semoga Aishah Nursaadah sentiasa cepat menyelesaikan peringkat kedua utk mengambil shahadah Al-Quran dan sentiasa menjadi seorang penjaga kemulian Al-Quran ini sampai bila2….
#MissionComplete
#HafizCilikMalaysia
#TahfizAkmal
#Akademiakmal
#SetahunMenempaSejarah