Kerana Suka Membantu Kawan-kawan, Allah Bantu Nur Izzatul Iman Untuk Hafiz 30 Juzuk Dalam Tempoh 6 Bulan 5 Hari

Alhamdulillah… sekarang sudah masuk pecutan Akhir para pelajar Akademi Al-Quran. Hari ini hari sejarah buat Nur Izzatul Iman bt Mohd bahtiar melakar sejarah luar biasa, dengan mencapai target hafalan 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh masa hanya 6 bulan 5 Hari..

ketika berjaya menjadi salah seorang pemenang Maraton Huffaz dengan berjaya Hafal 4 juzuk dalam tempoh 30 hari

Nur Izzatul Iman, baru berusia 14 tahun. Seorang pelajar kelahiran Johor, anak ke-3 dari 8 orang adik beradik. 2 adik iman juga sama-sama belajar di akademi akmal. Mohd Adli 13 tahun dan Izzatul Syifa 10 tahun.

Pada permualaannya katanya macam tak suka belajar di Akademi AKMAL, tapi Alhamdulillah setelah berada di Akademi AKMAL Iman jadi suka duduk di sini.  Kata guru kelasnya Ustazah Sabila, “Nur izzatul Iman ni seorang yang sangat pemalu, tetapi sangat beradab jika bercakap dengan orang yang labih tua darinya.. selalu senyum bila bersemuka dan menjadi ikon yang disegani oleh kawan-kawan.. yang buat guru senang hati dengan iman, dia mudah mendengar nasihat dan ringan tulang menolong ustazah kemas kelas dan buku walaupun tidak disuruh”.

KELEMAHAN NUR IZZATUL IMAN
Nur Izzaatul Iman bukanlah seorang pelajar yang bijak, pada peringkat awal dia agak payah nak hafal Al-Quran dengan cepat.. nak dapatkan satu muka surat pun susah walaupun dah bangun awal pagi  untuk menghafal. Dari sudut bacaan juga Iman agak bermasalah, di baca terlalu laju dan sukar nak baca Quran dengan tajwid yang betul. kadangkala dia menangis sendiri apabila hantaran sabaqnya di tolak Ustazah.

Sedih Hafalan Sabaq kena reject ngan Ustazah sebab baca tak betul

KEKUATAN DAN FAKTOR KEJAYAAN
Alhamdulillah… selepas beberapa bulan, berkat kesabaran guru dan kesungguhan iman, dia berjaya lafazkan bacaan dengan jelas dan betul.. dia mula mendapat rentak dan mampu menghantar sabaq 2 helai ke atas setiap hari. Dan mampu memberikan contoh yang baik pada kawan-kawan, khususnya 2 adik kandungnya yang juga belajar di Akademi AKMAL. buktinya dia berjaya Hafiz 30 Juzuk dalam tempoh 6 bulan 5 hari.
Ustazah pun sukakan sifat iman yang suka bantu kawan-kawan., walaupun dia tahu yang dia kadangkala sudah terlewat menghantar Sabaq.. iman tetap usaha bantu semak bacaan kawan-kawan yang memerlukan bantuan.. mungkin sebab itulah Allah permudahkan hafalannya.

 

Tahniah pada Nur Izzatul Iman… semoga terus istiqamah menjaga hafalan.. dan bersedialah untuk menjaga Al-Quran sampai mati. Moga Berjaya mencapai cita2nya sebagai seorang pendakwah yang membawa cahaya kemulian Iman seperti namanya suatu hari nanti… Tahniah buat Ustaz Ustazah yang tidak jemu-jemu mendidik, khususnya buat guru kelasnya Ustazah Sabila. buat Ummi Abah Iman yang sangat membantu, rajin memberikan kata2 semangat pada anak-anak walaupun berada berjauhan..

Mencipta rekod 6 bulan bukanlah sesuatu yang mudah. Sistem AKMAL tidak akan Berjaya.. jika bukan kerana doa, komitmen dan usaha keras semua pihak untuk menjayakannya. Minggu ini, beberapa orang pelajar lagi bakal Berjaya mencapai misi insyAllah… doaka anak2 kita mog terus Berjaya… berjaya mencapai Misi Hafiz dalam tempoh Setahun.

#MissionComplete
#DoneHafiz30Juz
#HafizSetahun
#AkademiAkmal

Pada yg berminat utk join AKMAL..
Pendaftaran sesi 2020 Masih dibuka
layari website untuk info: www.hafizsetahun.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *